Monday, 28 September 2015

Sabar Menghadapi Ujian Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم


Musibah adalah segala segala bentuk esusahan, halangan dan kesulitan yang dihadapi seseorang. Setiap satu musibah yang diberikan Allah SWT kepada setiap manusia adalah berbeza-beza. Adakalanya satu musibah pada pandangan si A hanya ringan sahaja namun bagi si B ia adalah musibah yang paling besar. Hanya mereka yang ditimpa musibah itu sahaja yang mengetahui kepedihan dan kesengsaraan sesuatu musibah. 

Namun musibah ini tidak diberikan Allah SWT secara sia-sia atau semberono. Orang yang ditimpa dan diberikan musibah adalah orang-orang yang terpilih untuk memperkukuhkan keimanannya kepada Allah. Hanya orang yang bersabar dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT sahaja yang bakal mendapat ganjaran dan nikmat kemanisan di sebalik musibah.

Oleh itu janganlah kita memandang musibah yang diturunkan Allah SWT sebagai satu penderaan dan bebanan kepada kita namun jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita lebih kuat dan tabah menghadapinya.

Semoga tabah menghadapi dugaan jerebu dan catuan air. Terutama bagi anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM 2015.
Sabar banyak-banyak ya!

ADAB MENERIMA MUSIBAH
  • Bersyukur sebanyak-banyaknya kepada Allah SWT
  • Berterima kasih kepada orang yang banyak berjasa seperti ibu bapa dan guru
  • Menggunakan nikmat untuk perkara kebaikan
  • Memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan
HIKMAH UJIAN ALLAH SWT KEPADA MANUSIA
  • Mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT
  • Dapat melahirkan mukmin yang tabah dan gigih menghadapi cabaran hidup
  • Mendidik jiwa menjadi hamba yang redha, bersyukur dan bertawakal kepada Allah SWt
  • Supaya manusia sentiasa muhasabah diri serta memperbaiki kelemahan yang lalu
  • Bersifat positif, kreatif, inovatif dalam kehidupan
KONSEP إنا لله وإنا إليه راجعون
  • Allah SWT berkuasa secara mutlak ke atas makhlukNya
  • Manusia bersifat lemah dan mempunyai banyak kelemahan
  • Hakikat hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT
  • Setiap manusia tidak terlepas daripada menerima ujian Allah SWT
  • Setiap ujian adalah untuk menentukan siapakah yang benar-benar beriman atau kufur terhadap Allah SWT.


No comments:

Post a Comment