Pengenalan


Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.



1. Rasional 

  • Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian. 
  • Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan. 
  • Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa ketika berada di surau 
  • Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik sehinggakan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak terurus.
  •  Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh

2.  Objektif

  •  Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan  yang menarik dan berkesan. Melaksanakan pengurusan surau  dengan efisyen dan sistematik 
  •  Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau  dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya 
  •  Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah  yang unggul 
  •  Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan  dan isu-isu semasa 
  •  Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya  ilmu dan pembinaan insan 

3. Piagam Pelanggan

    Pihak pengurusan surau beriltizam untuk menjadikan surau      
    sebagai :

  • Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti dalam mengadakan aktiviti keagamaan. 
  • Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan pembinaan modal insan.
  • Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat yang kondusif dan selesa. 
  • Memastikan semua pelajar muslim memperolehi ilmu fardhu ain yang sempurna.
  • Memaksimumkan pengggunaan surau untuk pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.

4. Kategori Surau Sekolah

  • Surau bangunan sendiri ( berasingan ) 
  • Surau menggunakan bilik darjah ( kelas ) 
  • Surau Asrama 

5. Kumpulan Sasaran
  • Pelajar Muslim di sekolah 
  • Pentadbir dan guru-guru muslim 
  • Kakitangan sokongan muslim 
  • Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru yang beragama Islam 
  • Masyarakat setempat

No comments:

Post a Comment